2012

Tuesday, January 17, 2012
2012. 
Apa hijrah 2012 kita?

adakah tercapai azam 2011 kita?
Akhlak mulia?
Anak soleh/ah?
Berjaya dalam pelajaran?
Usahawan berjaya?
Sampai jodoh?
Pergi umrah?
Melancong di luar negara?
Melihat anak bulan syawal?
Menjadi ketua pelajar?

Sudah tercapai..?
Jika belum..jangan berputus asa.
Allah bersama kita semua.
Ayuh, pasakkan niat, teruskan langkah.

2012 adalah tahun perubahan.
Hijrah, yuk :)


Kami di UPK ingin mengucapkan selamat maju jaya buat semua sahabat2 UPK! 
Masih tidak terlambat utk kami mengucapkan selamat tahun baru masihi...



Hijrahlah selagi ada waktu. s

sumber 2 gambar : iluvislam


-Admin :)
- 17 Januari

Muslimah memang tak guna...(baca sampai akhir,ya)

artikel iluvislam.com
Saya percaya bahawa apabila anda mula-mula membaca tajuknya, dan membacanya mengikut intonasi yang betul, anda tersangat tidak bersetuju. Sebelum anda mengatakan rasa tidak puas hati itu, eloklah dahulu anda  bertenang dan baca dengan teliti semua fakta yang dikemukakan. Mari Membaca!
Jika ada mana-mana point yang tidak tepat, nyatakan komen anda secara terbuka.
1. Perempuan yang bergelar muslimah memang tak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg layak dipakai oleh perempuan jalang.
2. Perempuan yang mengakui dirinya beragama islam memang tak guna rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An- Nur.
3. Perempuan yang mengakui dirinya ana muslimah memang tak guna minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yg digunakan utk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur.Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dlm pemakaian wangian tersebut.
4. Perempuan yang kuat pegangan islamnya memang tak guna kata- kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.
5. Perempuan muslimah tak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri.
Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri? Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12  surah al-Hujurat.
6. Perempuan yang berpakaian berdasarkan syariat islam memang tak guna tudung tiga segi yang apabila memakainya diselempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya (tudung siput babi). Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab. Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak- anaknya.

7. Perempuan yang memahami etika dalam islam memang tak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lentukku untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini"Maka janganlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik" 'Tunduk' di sini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap yang boleh menimbulkan keberanian orang untuk bertindak jahat kpd mereka. "Penyakit dlm hati" adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kpd seorang wanita melalui suaranya.
8. Perempuan yang menjaga maruah islam memang tak guna alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti persembahkan kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja, dia memakai make-up secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek. Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang2 wajah anda menjadi seperti hantu. Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah yg tidak menyerlah warnanya. atau Mengapa tidak pakai lipstick-non-glossy atau lipbalm sahaja?
9. Perempuan islam tak guna kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak 'berharga' dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dlam sangkar, dan ditambah pula pengwal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untk memakainya dengan cara yang terbaik.
10. Jadilah perempuan islam & muslimah yang  B E R G U N A
وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوب
Ertinya : "Sesiapa yang membesarkan syiar Allah (berkorban) mala ia adalah dari tanda ketaqwaan hati"
(Surah Al-Hajj 22: 32) 

CINTA

Saturday, October 29, 2011
Ya Aziz..........
Jika Cinta Adalah Ketertawanan
Tawanlah Aku Dengan Cinta Kepada-Mu
Agar Tidak Ada Lagi Yang Dapat
Menawanku Selain Engkau


Ya Rohim..........
Jika Cinta Adalah Pengorbanan
Tumbuhkan Niat Dari Semua Pengorbananku
Semata-mata Tulus Untuk-Mu
Agar Aku Ikhlas Menerima Apapun Keputusan-Mu


Ya Robbii..........
Jika Rindu Adalah Rasa Sakit
Yang Tidak Menemukan Muaranya
Penuhilah Rasa Sakitku
Dengan Rindu Kepada-Mu
Dan Jadikan Kematianku Sebagai
Muara Pertemuanku Dengan-Mu

Ya Robbii..........
Jika Sayang Adalah Sesuatu Yang Mempesona
Ikatlah Aku Dengan Pesona-Mu
Agar Damai Senantiasa Kurasakan
Saat Terucap Syukurku Atas Nikmat Dari-Mu


Ya Allah..........
Jika Kasih Adalah Kebahagiaan
Yang Tiada Bertepi
Tumbuhkan Kebahagiaan Dalam Hidupku
Di saat Kupersembahkan Sesuatu Untuk-Mu


Ya Allah..........
Hatiku Hanya Cukup Untuk Satu Cinta
Jika Aku Tak Dapat Mengisinya Dengan Cinta Kepada-Mu
Kemanakah Wajahku Hendak Kusembunyikan Dari-Mu


Ya Ar-Rahman.........
Dunia Yg Engkau Bentangkan Begitu Luas
Bagai Belantara Yg Tak Dapat Kutembus
Di Malam Yang Gelap Gulita
Agar Tidak Tersesat Dalam Menapakinya


Ya Ar-Rahhim…….
Berikan Alas Kaki Buat Hamba Agar Jalan Yg Kutapaki Terasa Nikmat
Meski Penuh Dengan Bebatuan Runcing & Duri Yang Tajam
Hamba Sadar Semua Ini Milikmu Dan Suatu Saat
Jika Kau Kehendaki Semuanya Akan Kembali Jua Kepada-Mu Hamba pasrahkan kehidupan hamba kepada-Mu.

MAJLIS ILMU : KULIAH KITAB MINHAJUL ABIDIN

Friday, October 28, 2011


KULIAH TASAUF
KITAB MINHAJUL ABIDIN
MASJID UIAM KULIYYAH OF MEDICINE
JUMAAT SELEPAS MAGHRIB
SEMUA DIJEMPUT HADIR

PROGRAM TERKINI :KURSUS ASAS BAHASA INGGERIS(GRAMMAR)



KURSUS ASAS BAHASA INGGERIS(GRAMMAR) PADA AHAD INI, 30 OKTOBER 2011, JAM 9 PG - 1 PETANG,DEWAN MADRASAH PASTI AS SAADAH KUANTAN.PENDAFTARAN UNTUK PESERTA BERUMUR 13-18 THN dan 19-45 tahun RM20 sahaja termasuk handout berserta sijil penyertaan. 
Hubungi 013-925 7318 utk pendaftaran(sms nama,no tel,alamat,i.c,email).TQ

dipetik daripada blog nisakuantan.blogspot.com

KURSUS ANJURAN NISA'











Please take note to all Nisa' members.These are programs during school holidays begin on 28th October 2011 untill 15 December 2011 at Dewan As Saadah,Kuantan:-

*28 & 29 Oct 2011 : Kursus Bahasa Inggeris.(Basic writing & Communication skill).
*3 & 4 Nov 2011: Kursus Jahitan.
*8 & 11 Nov 2011 : Kursus Bahasa Arab (Communication).
*12 & 13 Nov 2011 :Kursus Pembuatan Kek dan Muffin.
*19 & 20 Nov 2011 : Kursus Pembuatan Kuih Tradisional
*21 & 24 Nov 2011: Kursus Muzik (Keyboard & Piano -Teori&Praktikal)
*26 & 27 Nov 2011: Kursus Bahasa Mandarin (Chinese)Communication
*3 & 4 Dec 2011: Kursus Rawatan dan Urutan Fisioterapi
*10 & 11 Dec 2011 : Kursus Tukangan/Pembuatan simen
*12 & 13 Dec 2011 : Homemade Chocolate
Note :Kelas mengaji isnin,rabu dan khamis 10-11pg.Yuran RM30 sebulan.(Tajwid sahaja).

Yuran bagi kursus bahasa adalah RM20 sahaja.
Yuran bagi kursus selain daripada bahasa adalah RM30 termasuk kos bahan untuk digunakan bg setiap kurus.Alatan disediakan.Datang bawak yuran dan bawak diri saje.Daftar bermula hari ini,tarikh tutup 13 dec 2011.

Anjuran Kelab Nisa' Kuantan dengan kerjasama syarikat CAHAYA AL KHAIR RESOURCES.Hubungi 013-925 7318/014-803 7327 utk booking pendaftaran.TOLONG SEBARKAN!TQ♥

Tazkirah : Jauhi Barah Ego dalam Qiadah Islam

Tuesday, June 21, 2011
Salam 'alaik sahabat2 :)
Maaf kerana sangat lama menyepi.
Artikel minggu ini adalah mengenai sifat ego.
Tajuk kali ini ialah; Jauhi barah Ego dalam qiadah Islam.
Jom hayati..
Setiap dari kita adalah pemimpin..
Ingat hadith Nabi,
 " كلكم راع وكلكم مسئول عن رعيته" ?
Setiap dari kita adalah pemimpin, dan bertanggungjawab di atas 
pimpinannya? 
البخاري (853، 2416، 2419، 2600، 4892، 4904، 6719)، مسلم (1829)، أبو داود (2928)، الترمذي (1705)، أحمد (2/5، 54).

Allahu Allah.
Muhasabah sebentar.
Masih banyak khilaf dan lompong-lompong dosa. 
Masih terlalu jauh dengan qudwah Baginda Rasulullah (صل الله عليه وسلم)
Sama2lah berusaha, semoga diri yang mengedit post ini akan lebih beringat
khususnya, Amin :)

sumber : TARBAWI

Ego, antara sifat Iblis dan kerana sifat - Ana khairun minhu - itulah dia dilucutkan Allah menjadi sehina-hina makhluk di sisi-Nya. Sifat ego atau boleh dibahasakan sebagai takabbur ini pasti akan meresapi mana-mana individu apatah lagi jika menurut persepsinya dia mempunyai kelebihan berbanding dengan orang lain. Apabila sifat ini menguasai diri seseorang, maka ia akan menyebabkan wujudnya masalah khususnya di dalam tanzim (organisasi) itu. Oleh itu, mari kita semak adakah ada pada diri kita ciri-ciri penyakit tersebut.


(1). Bila jawapan yang diberi betul, dia akan rasa terhibur, senang hati dan bangga

Jawapan yang betul itu adalah menurut pengetahuannya sendiri apatah lagi jika dia ditanya oleh individu-individu yang berpangkat besar atau ilmunya tinggi lalu dia dapat memberikan jawapan dengan baik. Apa sahaja yang dipersoalkan akan cuba dijawabnya biarpun pada hakikatnya dia itu jahil akan pengertiannya yang sebenar. Tiada padannya istilah 'Ana tak tahu', 'nanti ana rujuk balik', 'Wallahu'alam' dan segala jawapan yang padanya seolah-olah boleh menjatuhkan martabat keilmuannya. Adalah merupakan suatu jenayah yang besar di sisi Islam apabila seseorang itu berlagak tahu walhal dia tidak tahu lalu menyebabkannya mengeluarkan pandangan dan fatwa-fatwa yang tidak sepatutnya sehingga menyebabkan orang ramai dan pihak yang meminta pandangannya terjerumus ke arah perkara yang batil.

(2). Jika tidak dilantik memegang sesuatu jawatan, dia akan rasa kecewa dan resah

Sikap gilakan jawatan antara sikap yang buruk. Nabi pernah bersabda yang mafhumnya,“Kami tidak memberi jawatan kepada sesiapa yang memintanya”. Seseorang yang memegang jawatan bermakna dia telah memegang amanah dan ini merupakan adalah suatu perkara yang amat dipandang berat di sisi Islam. Seseorang yang EGO pastinya akan merasa ‘panas’ jika namanya tidak naik menjadi pimpinan walhal sebelum ini dia telah banyak ditaklifkan dengan pelbagai jawatan yang lebih besar daripada itu. Dia akan menganggap seolah-olah kemampuannya tidak dihargai oleh mana-mana pihak sedangkan dia menganggap reputasinya lebih baik daripada orang lain.

(3). Jika dia seorang ketua, dia selalu bersikap kasar ketika memberi arahan kepada orang lain

Ketua seharusnya bersifat memimpin ahli yang berada dibawahnya. Ahli dibawah akan dipimpin dengan baik supaya matlamat sesebuah tanzim itu tidak tersasar dan segala gerak kerja dapatlah dilaksanakan dengan sempurna. Jika ahli bawahan ada melakukan kesalahan, maka seharusnya seorang ketua itu menegur dengan cara yang berhikmah sebaliknya sikap ini membawa kepada menzalimi orang lain dengan menggunakan kuasanya yang ada. Dia akan menggunakan kuasa di tangan sebagai peluang untuk menindas atau mendatangkan kesusahan kepada orang lain.

(4). Jika dia orang bawahan, dia susah untuk taat kepada ketuanya dan bersikap degil

Andainya roda pusingan kehidupan menjadikan gilirannya pula berada di bawah atau menjadi pengikut, ketika itu dia akan menjadi orang yang paling sukar untuk taat setia kepada pihak atasannya. Egonya itu membuatkan dia menjadi amat sukar untuk tunduk kepada peraturan dan perintah ketuanya. Sifat tersebut wujud apatah lagi jika sebelum ini merupakan seorang yang hebat kononnya tempatnya sebelum ini. Dia merasakan dia itu lebih ‘senior’ dalam segala aspek samada dari sudut umur, pengalaman, dan ilmunya berbanding dengan ketuanya yang muda daripadanya dalam aspek tadi.

Ulama yang beramal dalam medan harakah pernah menyebut, tiga golongan manusia yang payah untuk taat :-
  • Orang yang banyak umurnya (lebih senior) ;
  • Orang yang banyak pengalamannya ;
  • Orang yang banyak ilmunya (banyak ilmu tetapi tidak berakhlak).
Ketaatan hanya akan lahir daripada sifat thiqah sesama sendiri antara pimpinan dan ahli yang kedua-duanya memegang taklifan masing-masing dengan penuh ikhlas dalam semua keadaan walaupun dalam perkara yang tidak disukainya (selagi ia tidak bercanggah dengan syara’).

(5). Mudah marah bila dinasihati dan tidak mahu menerima dari orang atau pihak lain

Seolah-olah merasa rendah atau tercabar atau terhina andainya kebenaran itu keluar dari mulut orang lain. Lebih-lebih lagi sekiranya sesuatu yang benar itu datangnya daripada orang bawahannya atau orang yang dianggap status sosialnya lebih rendah. Teguran yang diberikan oleh pihak lain bukan sahaja tidak dapat diterima.

(6). Emosional dan mudah tersinggung

Tidak boleh ditegur atau tidak mahu menerima teguran. Teguran boleh menyebabkan dia sakit hati malah timbul dendam terhadap orang yang menegurnya. Islam adalah agama nasihat. Sesiapa sahaja pasti dia itu tidak terlepas dari serba kekurangan dan melakukan kesilapan. Demikianlah betapa pentingnya peranan wujudnya nasihat dan teguran daripada pihak lain kepada dirinya untuk kemaslahatan bersama. Seharusnya teguran itu diterima dengan hati yang ikhlas terbuka. Soal perkara itu benar atau tidak adalah perkara kedua. Ciri orang beriman itu sendiri adalah saling memberi peringatan dan teguran kepada orang lain tidak kiralah siapa atau apapun pangkatnya. Setiap peringatan itu memberikan manfaat yang besar kepada orang yang beriman dan jika ianya tidak dapat dijadikan manfaat sudah pastinya dia itu tidak tergolong dalam ciri orang yang beriman.

(7). Suka dipuji

Sangat suka dipuji malah sentiasa menunggu-nunggu sahaja akan pujian orang kepadanya (ketagih pujian). Apatah lagi jika dia itu dipuji di khayalak ramai dan sudah pastinya dia dirinya itu dipandang tinggi oleh pihak lain. Para Sahabat RA dahulu jika dia dipuji oleh seseorang, maka dia akan membaling capal, pasir atau batu kepada orang yang memujinya kerana bagi mereka ianya boleh menyebabkan amalan mereka ‘hangus’ dengan sifat riya’. Berlainan sekali dengan seseorang yang berikap EGO. Jika dia mendengar pujian terhadap orang lain di hadapannya maka timbul sakit hati kepada orang yang memuji itu dan sakit hati kepada orang yang dipujinya.

(8). Sangat suka berbahas (mencari musuh untuk melakukan perdebatan)

Dalam perbahasan pula sering meninggikan suara. Berbahas pula bukan hendak mencari kebenaran tetapi hendakkan kemenangan. Tujuannya untuk menunjukkan bahawa dia itu lebih hebat daripada pihak lain. Hujah pihak lain akan ditolak mentah-mentah dan baginya hujahnya sahajalah yang betul. Yang penting baginya sudah ada kepuasan dengan mewujudkan suasana ‘panas’ dalam perbahasan demi menunjukkan dia itu petah berbahas dan berhujah.

(9). Memilih kawan di kalangan orang bawahan dengan tujuan tertentu

Tujuan dipilih kawan di kalangan orang bawahan adalah supaya dia itu merasakan dirinya mempunyai kelebihan berbanding dengan yang lain. Isi perbualan atau percakapannya sering saja melebihkan diri biarpun dalam nada tutur kata yang lunak. Apatah lagi bila ada peluang bercakap besar dan lantang. Dengan tujuan demikian, dia menganggap bahawa tiada siapa yang dapat menandingi percakapannya dan pandangannya diterima oleh orang lain.

(10). Menonjolkan diri secara berlebihan

Isi perbualan atau percakapannya sering saja melebihkan diri biarpun dalam nada tutur kata yang lunak. Apatah lagi bila ada peluang bercakap besar dan lantang. Ini kerana dia berbangga dengan taklifan yang pernah disandangnya. Jika dia menjadi orang nombor dua (2) sekalipun, penampilannya akan melebihi ketuanya dan orang-orang yang lain. Sudah pastinya orang lain akan menganggap bahawa mereka memiliki individu yang cukup berpotensi untuk menggantikan jawatan ketuanya pada masa yang akan datang.

(11). Memperlekehkan orang lain

Sikap memperlekehkan orang lain juga tidak akan wujud pada diri individu yang meraakan dirinya memiliki kekurangan dan kelemahan namun perkara yang sebaliknya berlaku kepada mereka yang EGO. Setiap sifat kekurangan yang wujud pada orang lain akan diperlekehkan seolah-olah mahu menunjukkan bahawa dirinya itu lebih baik dan sempurna berbanding dengan lainnya. Orang yang merendah-rendahkan orang lain tergolongan dalam golongan yang fasiq dan seterusnya membawa kepada perbuatan zalim jika tidak bertaubat. Allah mengecam golongan ini sepertimana di dalam firman-Nya yang bermaksud,“Wahai orang-orang yang beriman! janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasiq (kepada seseorang) sesudah ia beriman. dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiqnya) maka merekalah orang-orang yang zalim” (Surah Al Hujurat:11)

(12). Suka menyampuk perbualan orang lain

Ketika pihak lain memberikan pandangan, amat mudah bagi orang yang EGO itu untuk mencelah dan menyampuk mengikut kehendaknya dengan membelakangkan adab-adab dalam bermesyuarat. Tanpa rasa bertanggunggjawab dan rasa menghormati pandangan pihak lain, dia mudah untuk memintas mana-mana percakapan yang dia rasa tidak bersetuju dengannya seterusnya menyebabkan pandangannya itu mendominasi perbincangan tersebut dan timbul rasa kurang senang dari pihak lain.

(13). Berburuk sangka terhadap orang lain

Sikap buruk sangka merupakan dosa yang amat besar dan kerananya boleh membawa kepada tajasus (mencari-cari kesalahan) dan ghibah (umpatan). Hal ini Allah telah dijelaskan di dalam surah Al Hujurat akan bibit-bibit yang membawa kepada buruk sangka. Firman Allah bermaksud,"Wahai orang-orang yang beriman! jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadaNya. (oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani” (Surah Al Hujurat:12)

Demikianlah bahayanya berburuk sangka kepada orang lain. Perkara sedemikian tidak disedari oleh golongan yang EGO yang lebih suka berburuk sangka apatah lagi jika kepada seseorang itu tidak dapat memenuhi tuntutannya.

(14). Suka meninggikan suara ketika bercakap

“Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengangkat suara kamu melebihi suara Nabi, dan janganlah kamu menyaringkan suara (dengan lantang) semasa bercakap dengannya sebagaimana setengah kamu menyaringkan suaranya semasa bercakap dengan setengahnya yang lain. (larangan yang demikian) supaya amal-amal kamu tidak hapus pahalanya, sedang kamu tidak menyedarinya” (Surah Al Hujurat:2)

Al ‘ibrah bi’umumil lafdzi la bikhusus as sabab - menunjukkan bahawa sesuatu perintah itu adalah bersifat umum walaupun ia menunjukkan sebab yang khusus. Demikianlah juga dengan maksud firman Allah di atas. Larangan meninggikan suara bukanlah semata-mata dikhususkan kepada Rasulullah SAW tetapi ianya mengajar kita sebagai umatnya akan adab dan akhlak ketika berbicara dengan seseorang apatah lagi jika seseorang itu memiliki kedudukan.

Orang yang EGO akan apabila membicarakan sesuatu perkara, maka dia akan berusaha untuk meninggikan suaranya melebihi kadar yang sepatutnya dan dengan demikian seolah-olah tiada siapa yang berani mencabarnya. Nada percakapannya akan menjadi semakin tinggi apabila dia melihat pihak lain mendengar dengan khusyuk dan menghayati percakapannya. - TARBAWI