Ahlan! Pengenalan UPK Nisa' Kuantan

Sunday, March 13, 2011
Assalamualaikum :)

Ape khabar? Harap kawan2 dan sahabat2 semua sihat-sihat selalu :)
Sebelum lebih panjang, mari kami perkenalkan diri dulu.
Kami dari team UPK-Nisa' Kuantan.
UPK adalah akronim untuk Unit Pendidikan dan Kerjaya.
Nisa' Kuantan pula adalah salah satu NGO Islam di Kuantan.
Dah jadi ahli Nisa'?
Kalau belum, bolehlah isi borang di blog Nisa' Kuantan ye.


Kami berusaha untuk membantu dan mendidik warga Kuantan khususnya remaja sekolah sehingga dewasa, mengenai :
- Pendedahan mengenai kerjaya yang meluas
- Peluang dan tawaran kelas kemahiran, kelas fardhu ain, dan macam-macam lagi!


Dalam blog ni, banyak santapan menarik yang akan kita tempuhi bersama-sama!
- Ruangan kerjaya
- Ruangan pendidikan 
- Mari berkenalan di laman ukhuwwah
- Santapan rohani di laman tazkirah


Berminat untuk memeriahkan aktiviti UPK dan NISA'?
Boleh hubungi kami!
Tinggalkan jejak kaki anda di ruangan komen atau shout box !

Terima kasih ya =)
Salam ukhuwah!!

0 comments:

Post a Comment