KENALI LYNAS

Thursday, March 31, 2011

### berikut adalah hasil kajian dan siasatan team kami. dipetik dari beberapa blog yang akan dinyatakan sumbernya kelak. ###

Bismillahirrahmanirrahim
LYNAS CORPORATION LTD merupakan syarikat milik penuh Australia (tiada ‘local partner’ diatas kertas) Maksudnya tiada syarikat milik rakyat Malaysia yang akan mendapat keuntungan dengan projek ini.
 LYNAS CORPORATION LTD dianugerahkan oleh MITI ‘Strategic Pioneer Status’ – tidak perlu membayar cukai import atau export selama 12 tahun. Maka tiada keuntungan buat Malaysia dari segi cukai korporat yang di kutip. Syarikat LYNAS Corp Ltd akan mendapat US$1.7 billion setahun daripada nilai export rare earth dan Malaysia tidak akan dapat satu sen pun dalam bentuk cukai selama 12 tahun.
 Logi pemprosesan rare earth di Gebeng apabila beroperasi hanya akan mengambil 450 orang pekerja (tidak ‘labour intensive’) Kebanyakan pekerja pula akan merupakan tenaga mahir dari luar Negara dan sedikit sahaja bilangan buruh dari tempatan.
Yang ada kesan keatas kita, hanyalah risiko diatas sisa buangan thorium yang mengandungi bahan radioaktif. Malaysia mendapat penghormatan menjadi ‘dumping ground’ atau tapak buangan sisa bahan radioaktif dan rakyat Kuantan menjadi mangsa tak pasal-pasal.
Di seluruh dunia, buat ketika ini, selain di Negara Cina, hanya Negara India yang punyai logi pemprosesan rare earth  – itu pun dalam skala yang amat kecil. Malaysia pula merupakan hanya satu-satu Negara di dunia   yang akan melibatkan diri dalam pemprosesan rare earth ini di dalam rangka masa 30 tahun kebelakangan ini. Apabila seluruh dunia sudah punyai kesedaran tentang bahaya rare earth dan menolak untuk memproses bahan ini selama lebih 3 dekad, Malaysia buat keputusan untuk menerima pula?
                                                                                                    
Lynas Corporation Ltd memproses lathanides iaitu bahan yang digunakan sebagai bahan pembuatan mentol lampu jimat tenaga,  bateri kering serta pelbagai  produk teknologi moden.

Manakala bahan mentah pula akan dibawa masuk dari kuari milik Lynas di Pergunungan Weld, New South Wales sebelum diproses di Gebeng.

Jika kilang tersebut beroperasi, jika berlaku sesuatu kebocoran sisa radioaktif itu bakal membahayakan penduduk serta generasi akan datang.
”Apa yang tidak diketahui kebanyakan orang bahawa elemen-elemen sumber asli itu sebenarnya berpotensi menghasilkan kadar radiasi peringkat rendah dan sederhana akibat penghasilan sisa radioaktif. Sebab itulah pihak pemaju industri ini memerlukan lesen khas dari Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) sebelum memulakan operasinya”.
“Persoalannya mengapa Lynas yang sebelum ini beroperasi di negeri China telah pun terpaksa beralih tempat untuk memproses bahan tersebut sehingga terpaksa mencari lokasi baru. Kenapa Lynas juga enggan memprosesnya di negara mereka sendiri, Australia. Kenapa? Kerana kedua-dua negara tersebut telah sedar kesan buruknya. 

0 comments:

Post a Comment